SINGAPURA, 4 Julai — Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.
“Baru saja didapati positif COVID-19 dengan mengalami simptom ringan seperti selesema,” tulis Halimah dalam hantaran terkininya di Facebook.
Halimah, 67, bagaimanapun bersyukur kerana telah lengkap divaksin dan menerima dos penggalak.