CANBERRA, 21 Julai — Kerajaan Australia mengumumkan ia akan mempercepatkan proses permohonan visa tetap bagi pekerja mahir.

Menteri Dalam Negeri, Clare O’Neil, berkata baru-baru ini sumber di jabatan akan mengalihkan  permohonan visa untuk pekerja mahir luar negara ke senarai perlu diberi keutamaan, lapor Xinhua memetik Australian Financial Review (AFR).

Pandemik COVID-19 menyaksikan aliran migran ke Australia tersekat akibat sempadan ditutup selama hampir dua tahun mencetuskan lambakan permohonan visa.

Lebih 600,000 pemegang visa sementara meninggalkan Australia ketika sempadan ditutup menyebabkan kekurangan pekerja dalam sektor kesihatan, pembinaan dan hospitaliti.

“Kita perlu memastikan sistem bergerak semula.

“Amat penting untuk melakukan peralihan berhubung saiz dan komposisi program imigran,” kata O’Neil. 

Sebanyak 961,016 pemohon visa yang sedang menunggu keputusan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Daripada jumlah itu, 57,906 adalah pekerja mahir termasuk guru, petugas kesihatan serta kakitangan penjagaan warga emas dan permohonan ini akan diletakkan dalam senarai laluan pantas. 

Kesatuan sekerja mengalu-alukan langkah mempercepatkan proses permohonan itu yang disifatkan langkah wajar bagi menangani kekurangan pekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here