KUALA LUMPUR, 11 Sept — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap demensia, dedah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

Khairy berkata pendedahan penyakit bapa mentuanya itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga lain kerana ramai bertanya mengenai kesihatan Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

“Pak Lah memang ada demensia dan demensia beliau satu keadaan yang sedang merosot (dan) sudah pasti nama ahli keluarga pun dia tak boleh nak sebut… Kenal tu mungkin dia kenal, nampak macam kenal tetapi dah sampai tahap di mana dia susah untuk bercakap. 

“Saya tanya isteri saya, ibu mentua saya dan abang ipar saya tadi. Saya kata, ada yang tahu dan ada yang tidak tahu boleh tidak saya beritahu (keadaan Abdullah kepada umum)?,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairy berkata demikian pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here