BEIJING, 11 Okt — Kapal elektrik pertama yang mengangkut kontena berkapasiti 120 TEU di China memulakan operasi pada Isnin pagi. 

Kapal dinamakan “Jiang Yuan Bai He” berlepas dari pelabuhan Taicang di Sungai Yangtze, untuk memulakan pelayaran sulungnya sejauh 80 kilometer menuju ke dermaga Taman Industri Suzhou.

Dengan beroperasinya kapal berkenaan ia sekali gus menandakan bermulanya “era pengangkutan elektrik” di sungai di provinsi Jiangsu.

“Jiang Yuan Bai He” yang sepanjang 79.92 meter dan lebar 12.66 meter itu apabila dicaj penuh, mampu belayar sejauh 220 kilometer pada kelajuan 17 kilometer sejam.

Sebagai kapal berkuasa elektrik berkapasiti paling besar yang beroperasi dalam jaringan pengangkutan aliran sungai di China pada masa ini, “Jiang Yuan Bai He” digerakkan menggunakan Containerized Utility Battery modulE (CUBE), melibatkan tiga bekas kontena berukuran 20 kaki TEU yang terpasang di hujung kapal dan hanya memerlukan 20 minit untuk menukar bateri baharu.

Selain itu, kapal berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mampu beroperasi dengan sifar sebaran kotoran kereta dan sifar pencemaran. 

Menurut Ketua Biro Pengurusan Pengangkutan Jiangsu, Song Guosen dijangka terdapat lebih 17 kapal elektrik yang akan memulakan perkhidmatan pengangkutan kontenanya menjelang 2025 dengan laluan pelayaran merangkumi Terusan Besar Beijing-Hangzhou seksyen Jiangsu.

Menurut anggaran berkenaan, kapal elektrik jenis itu membantu menjimatkan kira-kira 160 tan pembakaran minyak dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak kira-kira 500 tan setahun berbanding kapal yang berkuasa konvensional.

“Ini usaha substantif dan kondusif  bagi penyusunan semula struktur  pengangkutan di Jiangsu malah memberi sumbangan dalam memperjuangkan matlamat mencapai kemuncak pelepasan karbon serta peneutralan karbon,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here