KUALA LUMPUR, 17 Okt — Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Isnin apabila operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM34.69 bilion daripada RM37.41 bilion pada sebelah pagi, manakala dana Islam turun kepada RM22.27 bilion daripada RM30.77 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan, juga diumumkan.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM34.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bagi RM22.3 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar semalaman Islam purata adalah 1.72 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here