BEIJING, 4 Nov — Jabatan Penerangan Dewan Negara pagi tadi menerbitkan kertas putih “Beidou China Era Baharu” mengenai pencapaian dan prospek masa depan pembangunan Beidou China pada era baharu di samping berkongsi konsep serta pengalaman praktikal pembangunan sistem navigasi satelit itu.

Kertas puith yang mengandungi kira-kira 12,000  perkataan itu dibahagikan kepada enam bahagian iaitu pembangunan Beidou masuk era baharu, Beidou China yang antara terbaik di dunia, meningkatkan taraf pengurusan sistem operasi, mendorong pembangunan mampan industri aplikasi, menaiktarafkan modenisasi dalam pengendalian serta mempergiat komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Menurut kertas putih itu sistem navigasi satelit Beidou dibina mengikut keperluan pembangunan keselamatan dan sosioekonomi negara.

Melalui perkembangan beberapa tahun selama ini, sistem Beidou telah menjadi infrastruktur baharu yang penting untuk menyediakan perkhidmatan menentukan lokasi yang tepat dalam apa jua keadaan cuaca dan sepanjang hari, pandu arah dan menentukan masa standard untuk pelanggan.

Untuk rekod, Presiden China, Xi Jinping mengumumkan sistem navigasi satelit global Beidou-3 beroperasi secara rasmi pada 31 Julai 2020, yang menandakan sistem itu masuk fasa baharu pembangunan globalisasi.

Sistem Beidou akan terus memberi perkhidmatan berkualiti tinggi demi kesejahteraan kehidupan rakyat dan kemajuan manusia pada masa hadapan.

Selain itu, China bersedia berkongsi pencapaian sistem Beidou dengan pelbagai negara untuk mendorong usaha navigasi satelit dunia dan memberi sumbangan lebih besar bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan serta dunia yang lebih baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here