KOTA KINABALU, 5 Nov — Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta orang ramai terutama semua penyokong parti politik di Sabah supaya tidak beremosi dan kekal tenang susulan insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Tenom, hari ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu seterusnya mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk, yang mengganggu ketenteraman awam semasa PRU15 berlangsung.

“Saya juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial rakaman video kekecohan di luar Pusat Penamaan Calon Dewan DSB Antanom di sini apabila penyokong parti itu membuat rusuhan sehingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Polis Diraja Malaysia mengesahkan berlaku insiden kekecohan di pusat penamaan calon itu di sini, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci mengenai perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here