ALOR SETAR, 11 Nov — Sebuah feri yang dalam proses pembaikan di limbungan kapal di Bukit Malut dekat Langkawi terbakar, petang tadi.

Ketua Bomba Zon Langkawi Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 petang.

“Kebakaran berlaku ketika proses pembaikan sedang dilakukan dan melibatkan bilik enjin feri berkenaan, bagaimanapun ia tidak melibatkan mangsa dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama dan sebanyak 12 tong buih tambahan telah dihantar ke lokasi kejadian pada peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kebakaran telah berjaya dikawal pukul 6.46 petang dan proses pemadaman sedang giat dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here