SEREMBAN, 20 Nov — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menang besar di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden UMNO itu berjaya memperoleh 53,075 undi dengan (19,897 majoriti) menewaskan pencabarnya calon Pakatan Harapan Jufitri Joha (33,178 undi), calon Perikatan Nasional Mohd Nazree Mohd Yunus (21,875), calon Parti Sosialis Malaysia S.Tinagaran (779) dan calon Pejuang Ramly Awaluddin (529).

Kemenangan beliau diumum oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rembau Mohamad Najib Mustafa di Dewan Sri Rembau di sini.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, mengekalkan penguasaan BN di kerusi Parlimen Rembau yang dimenangi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selama tiga penggal bermula 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu memiliki rekod prestasi cemerlang semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama empat penggal sejak 2004 selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan termasuk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here