SHANGHAI, 21 Nov — Hab kewangan China, Shanghai bakal dilengkapi lebih 77,000 stesen pangkalan 5G menjelang akhir 2023 sebagai sebahagian usaha memperluas liputan 5G di bandar itu, lapor Xinhua.

Lebih 4,000 bangunan komersial dan bangunan awam utama akan memperoleh liputan 5G dalaman dan 90 peratus penduduk bandar itu mendapat akses perkhidmatan 5G menjelang akhir tahun depan, menurut pelan tindakan yang dikeluarkan Pentadbiran Komunikasi Shanghai.

Purata kelajuan muat turun di kawasan utama bandar akan mencapai 1,000 Mbps manakala kelajuan muat naik mencecah 200 Mbps.

Shanghai akan memanfaatkan teknologi 5G bagi mendorong transformasi digitalnya.

Pada 2023, ia akan mempromosikan penggunaan 5G dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan perubatan, pendidikan, pelancongan dan pengangkutan.

China telah membina rangkaian 5G terbesar di dunia.

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat memaklumkan negara itu kini mempunyai lebih 2.1 juta stesen pangkalan 5G setakat akhir Ogos tahun ini.

Bilangan pengguna mudah alih 5G di China pula mencecah 475 juta pada akhir Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here