KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menganiayainya sehingga perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatannya itu, Mohd Shafiq berkata beliau terkilan dengan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatannya meskipun telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohd Shafiq menjelaskan bahawa beliau hanya menerima surat penamatan perkhidmatan bertarikh 1 Dis 2022 semalam, pada hari sama perkhidmatannya ditamatkan.

“Saya tidak diberikan notis yang munasabah di mana tarikh berkuat kuasa penamatan perkhidmatan saya adalah pada 12 Dis 2022 hari yang sama,” kata beliau.

Mohd Shafiq mendakwa terdapat usaha untuk menghalangnya bertindak dengan efisien dan segera sejak menjawat jawatan KPPA, apabila beberapa mesyuarat penting kenaikan pangkat telah ditangguh oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai Tuan Pengerusi Mesyuarat seperti Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here