KUALA LUMPUR, 18 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istana Lusail di Doha, bagi menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan Qatar, semalam.

Keberangkatan Seri Paduka ke majlis itu diiringi Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, serta Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah dan merupakan atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di Istana Lusail pada 3.30 petang waktu tempatan disambut sendiri oleh Sheikh Tamim dan beberapa kerabat Diraja Qatar.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menyaksikan persembahan tarian pedang tradisi Qatar yang dipanggil ‘Ardha’ bersama-sama 5,000 tetamu jemputan lain, selain menyantuni dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang turut hadir ke majlis itu ialah Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here