SHAH ALAM, 22 Dis — Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis yang sebelum ini mengalami keletihan dan strok ringan pada Isnin lepas ketika terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Batang Kali, dilaporkan stabil dan bertambah baik setakat hari ini.

JBPM Selangor dalam kenyataan malam ini memaklumkan Norazam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan beliau telah dibenarkan keluar dari hospital serta berehat di rumah atas nasihat doktor.

Menurut kenyataan itu Norazam akan bertugas di kediaman secara ‘tugas ringan’ bagi memantau gerak kerja operasi SAR menerusi talian telefon yang berada di tapak operasi tanah runtuh itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota yang sedang bertugas di tempat kejadian dan berharap mereka terus bersemangat agar operasi SAR dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menurut JBPM Selangor, Norazam sangat percaya dan amat yakin pegawai bomba yang masih bertugas boleh berjaya mengesankan baki mangsa yang belum ditemui. 

Terdahulu, Norazam pada petang tadi tiba di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) di Batang Kali dan kehadirannya dalam hujan lebat dan tanpa uniform celoreng bomba mencuri tumpuan pengamal media dan anggota keselamatan yang mengambil kesempatan bertanyakan khabar dan mendoakan kesembuhan beliau. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here