Sejak membuat debut empat dekad lalu, Gala Tahun Baharu Cina (TBC) bukan sahaja sinonim dengan ‘adat baharu’ meraikan perayaan tradisional ini, malah turut mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai program yang mempunyai penonton paling ramai.

Gala itu menghidangkan pelbagai acara persembahan yang menarik termasuk nyanyian, tarian, opera, sketsa komedi, filem mikro dan lain-lain. 

https://vcrires.cri.cn/cri/video/2022/12/30/4e4a1ac3b2474311a8cbd918c95768ea/hls/hls1000/1000.m3u8

Acara-acara berkenaan membolehkan penonton menghayati kegemilangan tamadun China berusia 5,000 tahun, merasai semangat rakyat China dan saling berkongsi harapan baik bersama-sama ratusan juta keluarga, selain menyaksikan kemajuan China pada era baharu.

Gala TBC anjuran Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.00 malam 21 Januari 2023. Jangan lupa ikutinya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here