SHAH ALAM, 3 Jan — Pembangunan negeri, tebatan banjir dan penyelenggaraan jalan antara perkara tumpuan yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Amirudin memaklumkan kunjungan hormat selama sejam di Putrajaya itu bertujuan menyampaikan aspirasi rakyat Selangor agar pengukuhan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri dapat dimantapkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri melalui Kerajaan Perpaduan. 

“Selain itu, beberapa perkara perihal perkembangan positif hasil Selangor pada akhir 2022 yang melepasi sasaran dengan mencapai 123.55 peratus iaitu RM2,532.86 juta daripada sasaran RM2,050 juta (turut dimaklumkan).

“Iltizam #KitaSelangor menjadi pasak utama agenda pembangunan Malaysia yang lebih sepadu, demi merealisasi agenda kemajuan bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram rasminya @amirudin_shari. 

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas input penting untuk dilanjutkan di Selangor kelak.

Di samping itu, beliau turut berbesar hati mengundang Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan kerja ke Selangor dalam waktu terdekat.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here