BEIJING, 10 Jan — Raptai kali ketiga Gala Tahun Baharu China (TBC) 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan lancar pada Isnin.

Untuk sesi kali ini, persembahan pentas “Hello, Stranger” yang memfokuskan tentang kehidupan harian penduduk biasa dan cerita yang menyentuh hati, buat kali pertama kali dipersembahkan secara penuh.

Sebagai satu daripada acara wajib bagi rakyat China sempena perayaan TBC, gala itu akan memfokuskan pada budaya tradisional dengan menggabungkan pelbagai elemen moden.

Seperti edisi terdahulu, Gala TBC tahun ini akan terus memberikan suasana penuh meriah untuk memenuhi harapan rakyat China.

Bagi memastikan Gala TBC kali ini terpahat di minda rakyat seluruh negara, terdapat banyak karya kreatif yang dipaparkan berdasarkan kehidupan sebenar dan ia turut dipamer serta dipraktis semasa berlangsungnya raptai ketiga gala itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here