TUMPAT, 12 Jan — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM1 juta sebagai persiapan menghadapi gelombang banjir seterusnya di negeri itu.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata peruntukan itu bertujuan untuk pembelian tambahan barangan keperluan asas di 158 pangkalan hadapan.

“Selepas berakhirnya banjir pada 28 Dis lepas, kita terus isi bekalan barangan keperluan asas di pangkalan hadapan kita.

“Kita buat pembelian darurat mana-mana peralatan asas yang sudah kehabisan dan berkurangan kerana telah diagihkan sebelum ini seperti toto, sardin dan makanan keperluan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pascabanjir Sempena Program Kembali Ke Sekolah 2023 di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Nurul Huda, Kajang Sebidang, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here