BAITULMAQDIS: Tentera Israel membunuh seorang remaja lelaki Palestin berusia 14 tahun ketika serbuan ke atas bandar di Tebing Barat yang diduduki, yang membawa kepada pertempuran dengan lelaki bersenjata, kata pegawai perubatan dan saksi.

Jurucakap tentera berkata, anggota tentera yang dihantar ke Jenin untuk menahan seorang yang disyaki pejuang Palestin diserang dan mereka membalas tembakan.

“Kami menyedari laporan bahawa beberapa lelaki bersenjata cedera dalam kejadian tembakan itu,” kata jurucakap itu.

Dua rakyat Palestin cedera, kata pegawai perubatan tempatan.

Tebing Barat satu daripada kawasan di mana rakyat Palestin mencari negara, menyaksikan peningkatan keganasan sejak Israel meningkatkan serbuan tahun lalu sebagai tindak balas kepada siri serangan jalanan di bandar-bandarnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here