PUTRAJAYA: Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai calon paling sesuai bagi memegang tampuk kepimpinan Pemuda UMNO bagi penggal 2023-2026.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Qobin, berkata Onn Hafiz yang mempunyai aura tersendiri dirasakan pemimpin muda yang sesuai , selepas Shahril Sufian Hamdan, yang digantung tanpa sebab.

“Bagi saya, untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, seseorang itu hendaklah mempunyai pendirian yang tegas dan tidak menjadi ‘Yes Man’ atau ‘Pak Turut’.

“Perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum-forum antarabangsa.

“Perlu juga membawa sebuah perubahan dalam meremajakan parti agar parti ini kembali kuat dan diterima anak muda serta rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Qobin yang juga Ketua Pemuda Cawangan Jalan Universiti Lembah Pantai, turut yakin Onn Hafiz mampu menerajui kepimpinan Pemuda nanti memandangkan pengalaman sebagai bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO semasa zaman Khairy Jamaluddin (menjadi Ketua Pemuda) selain mempunyai berpengalaman luas dalam mentadbir negeri dan negara.

“Jika UMNO ingin berubah, pemilihan kali inilah yang paling sesuai, bermula di peringkat cawangan, bahagian dan juga Pusat sebelum Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti,” katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas desas desus berkait Onn Hafiz mungkin menjadi calon terbaru yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan Pemuda UMNO pada 11 Mac nanti, selepas calon popular sebelum ini Sharil Hamdan digantung selama enam tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here