BEIJING: China menghantar 53 tan khemah untuk membantu Turkiye yang dilanda gempa bumi dengan lebih banyak bantuan kecemasan dirancang dalam masa terdekat, kata penyiar negeri CCTV.

Khemah-khemah itu berlepas dari Shanghai dan dijadual tiba di Istanbul lewat pada hari ini, kata CCTV.

Berdasarkan video dari CCTV, khemah itu dihantar menggunakan pesawat kargo besar, akan membantu dalam operasi bantuan ketika usaha penyelamatan diteruskan selepas gempa bumi memusnahkan Turkiye dan Syria, menyebabkan hampir 26,000 kematian.

Kumpulan pertama bekalan daripada kerajaan China membabitkan 40,000 selimut tiba di Istanbul pada hari Sabtu, menurut CCTV.

Negara itu merancang untuk menghantar peralatan perubatan, termasuk mesin elektrokardiogram, instrumen diagnostik ultrasound dan kenderaan perubatan serta katil hospital dalam masa terdekat, kata CCTV.

Pasukan penyelamat terdiri 82 anggota yang dihantar oleh kerajaan China tiba di Turkiye pada hari Rabu, lapor CCTV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here