BANGKOK, 14 Feb – Pihak berkuasa Thailand merampas barangan tiruan bernilai 14 juta baht, termasuk beg tangan dan produk kosmetik tiruan, dalam serbuan di Bangkok dan Samut Prakan.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) Thailand memaklumkan, operasi itu dijalankan CPPD bersama Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand pada 6 serta 7 Februari lalu selepas mendapat maklumat produk tiruan disimpan di premis terbabit, iaitu dua di Bangkok dan satu di Samut Prakan.

Komander CPPD, Mejar Jeneral Anan Nanasombat, berkata semua barangan dipercayai diimport dari China dan dijual dalam platform e-dagang di Thailand.

“Pihak berkuasa merampas lebih 67,000 barangan tiruan, termasuk produk kosmetik, beg tangan dan ubat gigi bernilai kira-kira 14 juta baht.

“Seorang warga China diberkas di sebuah gudang di Samut Prakan,” katanya.

Lelaki tersebut akan didakwa bawah Akta Produk Kosmetik dan Akta Cap Dagangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here