KUALA LUMPUR, 14 Feb – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga buah penerbitan bertajuk The Tale of Steven, Jacob’s Room To Choose dan ‘Aku’ selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012).

KDN dalam kenyataan hari ini berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 24, 25 dan 26 bertarikh 20 Jan 2023.

Menurut KDN, perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang di seluruh negara.

“Ketiga-tiga penerbitan tersebut terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan kemoralan. Penerbitan ‘Aku’ didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri dan bertentangan dengan nilai kesopanan masyarakat Malaysia

“The Tale of Steven dan Jacob’s Room To Choose pula didapati mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat Timur selama ini,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here