PUTRAJAYA, 14 Feb – Kerajaan melantik Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand Nur Izzah Wong Mee Choo pula dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyampaikan surat pelantikan kepada kedua-dua duta di kementerian itu pada Selasa.

Sebelum pelantikan ini, Ahmad Faisal merupakan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Switzerland sejak 2019.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Myanmar pada 2011 hingga 2014 dan pernah berkhidmat di pejabat-pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di Singapura dan Moscow, Rusia.

Nur Izzah pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Beijing, China.

Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Inspektorat dan ditugaskan di Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Bahagian Asia Timur dan Asia Selatan, Bahagian Penerangan dan Bahagian ASEAN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here