MOSCOW, 16 Feb – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam runtuhan selama hampir 248 jam dalam malapetaka gempa bumi yang melanda Turkiye.

Gempa bumi itu setakat ini sudah meragut 36,187 nyawa, lapor Sputnik.

Aleyna Olmaz diselamatkan pada Khamis di daerah Dulkadiroglu wilayah Kahramanmaras dan dibawa ke hospital. Remaja itu dalam keadaan semasa gambar dirakamkan.

Harapan semakin tipis untuk menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari itu.

Berpuluh-puluh negara telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas untuk membantu mempercepatkan usaha menyelamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here