SEOUL, 17 Feb – Had umur pemain bola sepak lelaki pada Sukan Asia akan dinaikkan daripada 23 tahun kepada 24 tahun bagi membuka ruang kepada pemain yang tidak layak pada 2023, kata seorang pegawai di sini.

Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan Jawatankuasa Sukan & Olimpik Korea (KSOC) pada Jumaat, berkata jawatankuasa penganjur Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini memutuskan untuk membenarkan pemain berusia 24 tahun ke bawah beraksi, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sebelum ini, umur pemain di Sukan Asia dihadkan di bawah 23 tahun kecuali hanya tiga pemain yang dibenarkan untuk melebihi umur bagi setiap negara.

Bagaimanapun, selepas penganjuran Sukan Asia ditunda setahun hingga September ini akibat kesan pandemik COVID-19 di China, penganjur memutuskan untuk menaikkan had umur kepada 24 tahun.

Jika Sukan Asia berlangsung mengikut jadual pada tahun lepas, pemain yang lahir pada 1 Januari 1999 atau selepasnya layak untuk bermain. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here