GAZIANTEP (Turkiye), 18 Feb – Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer(km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Komander Op Starlight 2, Brig Jen Datuk Dr Amran Amir Hamzah berkata cuaca sejuk melampau yang mencecah -10 darjah Celsius pada waktu malam memberikan cabaran kepada warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam pengoperasian HMM berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan motivasi anggotanya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi pada 6 Feb lepas.

“Rawatan yang disediakan di HMM mencakupi rawatan pesakit luar, ibu mengandung dan ginekologi, kanak-kanak, pembedahan am, ortopedik dan pergigian.

Dr Amran berkata perancangan awal HMM akan beroperasi di Celikhan selama enam minggu dengan seramai 106 pegawai dan anggota.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here