MELAKA, 18 Feb – Empat lapangan golf berprestij dengan 27 lubang di Melaka mampu menjadikan negeri ini sebagai tuan rumah penganjuran kejohanan golf berskala besar dan bertaraf antarabangsa. 

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ia secara tidak langsung dapat melonjakkan pelancongan sukan yang dirancang oleh kerajaan negeri. 

“Kalau ikutkan memang negeri lain turut mempunyai lapangan golf malah mungkin lebih hebat tetapi kami tetap mengalu-alukan penganjuran bertaraf antarabangsa dan kehadiran pemain ternama peringkat Asia malah dunia untuk datang beraksi di sini,” katanya. 

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Insentif Kecemerlangan Golf Remaja Persatuan Golf Negeri Melaka di Ayer Keroh Country Club (AKCC) di sini hari ini.

Katanya, kelab-kelab golf berprestij iaitu AKCC, Tiara Melaka Golf and Country Club, Orna Golf and Country Club.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here