WASHINGTON, 24 Feb – Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan keselamatan tambahan berjumlah US$2 bilion kepada Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan pada Khamis.

“Hari ini, Amerika Syarikat mengumumkan bantuan keselamatan sebanyak US$2 bilion lagi kepada Ukraine bagi tujuan tertentu… memberikan Ukraine peralatan yang diperlukan untuk menang.

“Dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk mengetahui sama ada terdapat aset tambahan yang mereka perlukan,” lapor Agensi Anadolu memetik Sullivan sebagai berkata di Dewan Perbandaran CNN.

Kenyataan itu dibuat sehari sebelum ulang tahun pertama krisis di Ukraine. AS juga dijangka mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia berhubung konflik itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here