TOKYO, 24 Feb – Jepun bersetuju untuk menyediakan geran bantuan bernilai AS$16 juta kepada Turkiye dan Syria dan sehingga kini Tokyo sudah menghulurkan bantuan berjumlah AS$27 juta, lapor Sputnik, memetik Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno pada Jumaat.

“Susulan kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria, Jepun pada hari ini (dalam mesyuarat kerajaan) memutuskan untuk menghantar AS$16 juta geran bantuan kepada mangsa di kedua-dua negara,” kata Matsuno pada sidang media di Tokyo.

Selain itu, beliau berkata pakej bantuan tambahan sebanyak AS$4 juta akan dihantar ke Turkiye dan Syria melalui pertubuhan bukan kerajaan Jepun. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here