AMMAN, 26 Feb – Jordan merasmikan loji tenaga solar terbesar di negara ini dan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Perdana Menteri Bisher Khasawneh.

Terletak di Amman, ibu negara Jordan, projek itu merupakan usaha sama antara Syarikat Tenaga Masdar dari Abu Dhabi dan syarikat pelaburan Taaleri dari Finland. 

Beliau berkata pembukaan loji tenaga solar Baynouna itu akan menggalakkan pembangunan mampan, menyediakan penyelesaian tenaga bersih yang lebih meluas dan menyokong tindakan iklim yang berkesan.

Projek itu membolehkan Jordan mencapai matlamat tenaga bersih serta menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong pembangunan ekonomi.

Sementara itu, Menteri Tenaga Jordan Saleh Kharabsheh berkata loji tenaga solar baharu itu dapat membantu mengurangkan pelepasan 360,000 tan karbon dioksida setiap tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here