COLOMBO, 26 Feb – Sri Lanka akan melancarkan app mudah alih bermula 1 Mac bertujuan melindungi pelancong, kata Menteri Pelancongan Harin Fernando.

Beliau berkata ia bakal menjadi app terbaik di rantau ini untuk keselamatan pelancong dan disediakan dalam tujuh bahasa, lapor Xinhua.

Semua kenderaan tiga roda akan didaftarkan menerusi app itu dan semua pelancong boleh mengimbas kod bar yang ada pada kenderaan berkenaan.

“Apabila pelancong melaporkan insiden dengan mengimbas kod bar, polis dan pegawai pelancong akan mengambil tindakan,” katanya.

Kementerian akan menyediakan pusat panggilan 24 jam.

Aplikasi itu juga membolehkan pihak polis membuat pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang insiden yang menyusahkan atau membahayakan pelancong.

Sri Lanka menyasarkan untuk menarik kira-kira 1.5 juta pelancong pada 2023 dan tiga juta pelancong pada 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here