SEOUL, 26 Feb – Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera.
BigHit Music tidak memberikan tarikh beliau akan menyertai perkhimatan itu dan pengumuman akan dibuat sebaik notis pendaftaran diperoleh, lapor Agensi Berita Yonhap
Keputusan itu dibuat dua bulan selepas Jin, anggota tertua BTS, menyertai perkhidmatan itu. Kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu merancang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.