WASHINGTON, 28 Feb – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangannya terhadap keganasan di Tebing Barat sejak kebelakangan ini.

Guterres “sangat bimbang terhadap keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan di  Huwara, dan menggesa supaya semua pelaku dikenakan tindakan,” kata jurucakapnya Stephane Dujarric pada taklimat akhbar pada Isnin .

Berpuluh-puluh peneroka Israel menyerang bandar Huwara di Palestin pada Ahad dan membakar beberapa rumah dan kenderaan Palestin. Baru-baru ini, seorang warga Palestin terbunuh dalam serangan itu.

Keganasan itu menyusuli pembunuhan dua peneroka Israel dalam tembakan di bandar itu. Selain itu, Jabatan Negara AS berkata seorang lagi penduduk Israel warga Amerika terbunuh pada Isnin.

“Tidak ada kewajaran untuk melakukan keganasan, mahupun pembakaran dan tindakan membalas dendam terhadap orang awam. Pasukan keselamatan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan menghalang individu daripada bertindak sendiri,” kata Dujarric bagi pihak Guterres.

Keganasan semakin meningkat di seluruh wilayah yang diduduki sejak beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang kali tentera Israel di bandar-bandar Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here