WASHINGTON, 1 Mac – Angka kematian akibat kemalangan membabitkan kereta api penumpang dan tren kargo di perbandaran Elassona di utara Greece meningkat kepada 32 orang, kata seorang pegawai pada Rabu.

Sekurang-kurangnya 85 penumpang dilaporkan cedera, manakala 25 mangsa berada dalam keadaan kritikal, kata Vassilis Vathrakogiannis, wakil Perkhidmatan Bomba, ketika sesi taklimat keempat.

Kereta api itu dilaporkan membawa 250 penumpang dan dalam perjalanan dari Athens ke Thessaloniki.

Menurut laporan, beberapa gerabak tergelincir dari landasan dan sekurang-kurangnya tiga daripadanya terbakar.

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan di lokasi nahas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here