KUALA LUMPUR, 3 Mac – Bank Muamalat Malaysia Bhd mengumumkan bantuan khas banjir yang merangkumi moratorium pembiayaan serta penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggan yang terjejas oleh banjir di beberapa kawasan seluruh negara.

Ia menggambarkan keprihatinannya terhadap kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan, individu dan perniagaan yang terkesan berikutan banjir teruk yang melanda ketika ini, sejajar komitmen Bank Muamalat dalam membina ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’ pelanggan.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata pihaknya percaya bahawa sebagai institusi kewangan Islam, ia bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti pada waktu getir ini.

“Bank Muamalat berharap langkah segera ini akan memberikan kelegaan kepada individu dan perniagaan dalam usaha mereka membina semula kehidupan dan perniagaan yang terjejas.

“Pelanggan yang terkesan boleh menghubungi Bank Muamalat untuk berbincang mengenai sebarang masalah berhubung urusan pembayaran pembiayaan mereka sekiranya menghadapi kesulitan kewangan berikutan banjir yang melanda,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here