KUALA LUMPUR, 3 Mac – Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi pada 16 Mac ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat pasca Kabinet bersama MRT Corp, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), hari ini.

Taklimat mengenai ujian percubaan operasi MRT2 menunjukkan perkembangan positif dan kementerian berpuas hati dengan semua ujian yang dijalankan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan merasmikan perkhidmatan itu yang bermula jam 3 petang,” katanya.

Selain itu, beliau yakin inisiatif kerajaan itu mampu menarik lebih ramai rakyat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Sementara itu, MRT Corp dalam kenyataan berkata, projek MRT laluan Putrajaya yang menelan belanja RM30.53 bilion untuk kos pembinaan dan kos sistem meliputi 36 stesen membabitkan 49 set kereta api.

Jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam masa dua tahun.

Pada permulaan apabila mula beroperasi akan dimulakan dengan kekerapan lima minit untuk setiap tren.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here