PUTRAJAYA, 4 Mac – Susulan permohonan Pejuang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.

Dr Mahathir berkata Mukhriz bebas melakukan apa sahaja untuk parti yang diterajuinya ketika ini kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

“Negara kita bebas. Dia (Mukhriz) boleh boleh buat apa sahaja, cuma sama ada disambut baik atau tidak, itu soal lain,” katanya mengulas tindakan Mukhriz yang menghantar surat permohonan untuk menyertai PN.

Surat berkenaan telah diutuskan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lepas dan turut diberikan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau.

Dr Mahathir berkata Putra akan dijadikan sebagai platform untuk beliau terus memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here