NEW YORK, 5 Mac – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengalu-alukan pemuktamadan teks Perjanjian Laut PBB untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara.

“Setiausaha agung memuji perwakilan kerana memuktamadkan teks untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara,” kata jurucakap Guterres dalam satu kenyataan.

Ia satu kemenangan untuk multilateralisme dan usaha global menentang trend kemusnahan yang dihadapi lautan kepada generasi sekarang dan akan datang.

Usaha ini penting untuk menangani tiga krisis planet iaitu perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran.

Ia juga penting untuk mencapai matlamat dan sasaran berkaitan lautan bagi Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal, menurut kenyataan itu, lapor Xinhua.

Guterres memuji usaha semua pihak dan berharap dapat meneruskan kerjasama untuk memastikan lautan yang lebih selamat, berdaya tahan dan produktif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here