KUALA LUMPUR, 6 Mac — Kementerian Kewangan memberikan jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun ini, meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jangkaan itu berdasarkan takrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut. 

“Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia turut mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia 2023 pada kadar 4.4 peratus dan 4 peratus. Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global yang diunjur dengan lebih perlahan pada tahun ini.

“Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global yang diunjur lebih perlahan pada tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat pada hari iniIsn.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here