BEIRUT, 8 Mac – Serangan dron membunuh empat orang di timur Syria hari ini di kawasan yang dikawal oleh puak yang disokong Iran.

“Empat orang terbunuh, manakala lapan cedera dalam serangan dron berhampiran kilang senjata milik kumpulan yang disokong Iran dan berhampiran trak yang sarat dengan senjata,” kata Rami Abdel Rahman dari Syrian Observatory for Human Rights kepada AFP.

Tiada maklumat mengenai siapa yang melakukan serangan di bandar timur Deir Ezzor itu.

Ia menyasarkan sebahagian bandar yang menjadi kediaman komander tertinggi Iran dan pegawai kanan pergerakan Hizbullah Lubnan serta hospital Iran untuk merawat pesakit taun, kata Abdel Rahman.

Puak pro-Iran yang sejajar dengan kerajaan Syria, termasuk Hizbullah, banyak dikerahkan ke selatan dan barat Sungai Euphrates yang mengalir melalui wilayah Deir Ezzor.

Serangan itu menyusuli beberapa siri serangan dron yang tidak dikenali pada 30 Januari yang menyasarkan konvoi senjata Iran yang disyaki di wilayah itu dan membunuh 11 orang, termasuk seorang komander pro-Iran, kata Observatory.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here