KAHERAH (Mesir), 8 Mac – Empat orang disahkan maut selepas kereta api penumpang tergelincir berhampiran Kaherah, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Sementara itu, 23 lagi cedera dalam kemalangan pada petang Selasa di bandar Qalyub, utara Kaherah.

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kereta Api Mesir memaklumkan, kemalangan berlaku ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Kaherah menuju ke bandar Delta Nil Menouf, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Difahamkan, pemandu gagal mematuhi isyarat arah semafor dan bertindak merempuh penghadang lalu menyebabkan lokomotif dan gerabak hadapan tergelincir, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Mesir telah menyaksikan beberapa tragedi membabitkan pengangkutan awam itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, insiden terburuk yang dilaporkan berlaku pada 2002, apabila kereta api penumpang terbakar manakala lebih 360 orang maut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here