KUALA LUMPUR, 7 Mac – Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) telah mengumumkan bahawa syarikat insurans hayat memberi lebih masa untuk beberapa bulan bagi pembayaran premium bertujuan membantu mangsa banjir di seluruh negara.

LIAM berkata syarikat insurans hayat juga menawarkan penstrukturan semula mod pembayaran premium daripada tahunan kepada bulanan; melanjutkan tempoh tangguh (kebiasaannya 30 hari) kepada jangka masa yang lebih panjang untuk pembayaran premium; mengurangkan atau menangguhkan caj faedah untuk pinjaman polisi dan polisi di bawah pilihan pinjaman premium automatik (APL); dan penangguhan kos percetakan untuk polisi insurans atau penggantian kad perubatan.

“Syarikat-syarikat insurans yang menjadi ahli PIAM komited untuk menyediakan sokongan yang diperlukan kepada keluarga yang terjejas dan memastikan mereka merasa tenang apaabila mengetahui bahawa keperluan insurans mereka dijaga.

“Kami menasihatkan pemegang polisi untuk menghubungi penyedia insurans hayat mereka untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan,” kata presiden LIAM Loh Guat Lan dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata rakyat Malaysia diingatkan bahawa perlindungan banjir tersedia secara meluas kerana semua syarikat insurans yang menjadi ahli PIAM menyediakan perlindungan banjir di bawah polisi motor dan kebakaran komprehensif mereka dengan premium tambahan tertakluk kepada budi bicara pengunderaitan masing-masing.

Berbeza dengan persepsi biasa, perlindungan banjir adalah berpatutan kerana premium motor tambahan untuk perlindungan banjir dianggarkan antara RM0.08 hingga RM1.74 sehari, katanya.

Bagi insurans kebakaran, premium tambahan untuk perlindungan banjir (untuk risiko di bawah RM10 juta) hanyalah 0.086 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan, harga yang rendah untuk dibayar memandangkan pendedahan kepada banjir yang menyebabkan kerugian kepada hartanah setiap tahun.

Untuk jumlah diinsuranskan sebanyak RM200,000, ia diterjemahkan kepada premium tambahan sebanyak 47 sen sehari atau RM14 sebulan.

Bagi polisi pemilik rumah dan isi rumah, perlindungan banjir disertakan sebagai sebahagian daripada perlindungan standard.

Dalam pada itu, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menggerakkan industri Takaful secara kolektif menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda negara terutamanya di Johor melalui inisiatif kempen ‘Takaful-4-All’.

Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) pula berkata ia juga akan membantu mereka yang terjejas akibat banjir melalui pelbagai inisiatif manakala Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan ahlinya berkata mereka kekal komited untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat di seluruh negara akibat banjir baru-baru ini.

Bank-bank yang menjadi ahli ABM telah menyediakan bantuan bantuan banjir yang khusus dan mudah diakses untuk pelanggan mereka yang telah terjejas akibat banjir.

Bantuan yang ditawarkan adalah berdasarkan program yang disediakan oleh setiap bank dan mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penangguhan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan, penangguhan yuran dan caj untuk menggantikan dokumen bank serta kad bank yang hilang/rosak dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here