KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000 kepada Institut Sosial Malaysia (ISM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata ia bagi membolehkan usaha penyelidikan dilakukan untuk memperkasa golongan wanita di negara ini.

“Ada bidang baharu untuk penyelidikan dan hakikatnya untuk golongan wanita, kaum ibu dan anak-anak mereka, saya rasa amalan atau program rutin atau umum dalam sistem birokrat ini mungkin tidak dapat melaksanakan tugas khas itu.

“Oleh sebab itu, kementerian ini seolah-olah mencadangkan bahawa kita tidak semestinya mempunyai bahagian yang berbeza tetapi beberapa pegawai penyelidik yang bekerja di pusat akademik dan universiti tempatan atau pertubuhan antarabangsa untuk membuat rancangan atau penyelidikan yang memberi kesan kepada wanita…dan kita boleh tambah (peruntukan) nanti jika kita dapati kajian itu bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here