KUALA LUMPUR, 10 Mac – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi menghadapi enam pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhyiddin, 75, yang memakai sut lengkap berwarna gelap tiba di mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard pada 8.40 pagi yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Presiden Bersatu itu bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam, Muhyiddin dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir.

Bagaimanapun, pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu, dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here