BERLIN, 10 Mac – Tujuh orang maut manakala lapan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah gereja di bandar Hamburg petang Khamis.

Difahamkan, kejadian tembakan yang berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan itu mengorbankan enam orang.

Satu lagi mayat kemudiannya ditemukan di bahagian atas bangunan itu, dan polis belum dapat mengesahkan bahawa mayat itu merupakan suspek kejadian.

Polis memaklumkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan penyerang telah melarikan diri.

Operasi besar-besaran sedang dijalankan di kawasan itu dan motif kejadian sedang disiasat, menurut ciapan polis.

Datuk Bandar Hamburg Peter Tschentscher mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here