COLOMBO, 16 Mac – Pekerja kesihatan, kereta api, pelabuhan dan pekerja lain di Sri Lanka melancarkan mogok membantah kenaikan mendadak cukai pendapatan dan caj elektrik.

Krisis itu amat dibimbangi kerana berlaku ketika negara pulau itu menunggu kelulusan pakej Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membantu ekonomi negaranya.

Kebanyakan hospital kerajaan di seluruh negara menggantung perkhidmatan klinik pesakit luar kerana doktor, jururawat dan ahli farmasi mogok.

Selain itu hanya sedikit kereta api beroperasi dan tentera bersenjata mengawal gerabak serta stesen kerana takut disabotaj.

Kesatuan sekerja berkata, mereka berdepan kenaikan cukai dan caj elektrik yang teruk di tengah-tengah kesukaran daripada krisis ekonomi terburuk negara.

Kesatuan mengancam untuk melanjutkan mogok selama-lamanya jika kerajaan gagal menangani tuntutan mereka.

Kerajaan berkata, ia terpaksa menaikkan cukai untuk mengukuhkan hasil negeri dan caj elektrik bagi menampung kos pengeluaran, prasyarat utama untuk membuka kunci pakej IMF AS$2.9 bilion (RM13 bilion) yang dicadangkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here