SEPANG, 20 Mac – The Sky Suite Airport Lounge akan dibuka di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok, ia menawarkan kawasan rehat kepada penumpang di lapangan terbang tersebut.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Zainun Ali ketika melancarkan ruang istirahat itu di sini hari ini berkata pengembara akan dapat mendapat ketenangan dan berehat sebelum menaiki pesawat, ia juga merupakan “hentian pit” terbaik untuk mereka yang mempunyai jadual padat.

“Bukan sahaja ruang istirahat itu memberi kedamaian, ia turut membolehkan pengembara menjadi produktif. Ia adalah hentian pit yang sempurna untuk penumpang domestik dan antarabangsa sebelum mereka menaiki pesawat.

The Sky Suite Airport Lounge mempunyai tempat duduk yang selesa, kerusi urut, hidangan ringan percuma, Wi-Fi berkelajuan tinggi, saluran TV satelit, tandas peribadi serta bilik untuk golongan kenamaan (VIP) yang boleh digunakan untuk mesyuarat.

Terletak di Aras 3, Sektor 2 Terminal 2, KLIA, The Sky Suite Airport Lounge beroperasi 24 jam, diurus sepenuhnya oleh KL Airport Hotel Sdn Bhd yang kini menguruskan hotel lima bintang Sama-Sama Hotel.

Penumpang yang menempah ruang istirahat dan membeli perkhidmatan Airport FastTrack akan dapat menikmati perjalanan lapangan terbang yang lancar dari rumah hingga ke pintu masuk balai berlepas kerana proses lapangan terbang seperti daftar masuk serta pelepasan imigresen dan kastam terletak di ruang istirahat tersebut.

Pembukaan The Sky Suite Airport Lounge merupakan satu lagi pencapaian penting bagi MAHB, ia sebagai tanda pemulihan dalam sektor penerbangan dan pelancongan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here