HELSINKI, 24 Mac – Presiden Finland Sauli Niinisto pada Khamis menandatangani penyertaan negaranya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), yang telah disahkan oleh Parlimen pada 1 Mac.

Finland kemudiannya akan menyerahkan dokumen berkaitan keahlian NATO kepada pentadbiran Amerika Syarikat sebaik sahaja Türkiye dan Hungary meratifikasi keahliannya.

Jumaat lalu, semasa lawatan Niinisto ke Türkiye, Presiden Recep Tayyip Erdogan, berkata Ankara akan memulakan proses meratifikasi bidaan Finland.

Parlimen Hungary dijangka mengundi mengenai keahlian Finland pada Isnin depan.

Kesemua 30 sekutu NATO perlu menandatangani protokol penyertaan ahli baharu. 

Sehingga kini, 28 negara anggota telah berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here