BERLIN (Jerman), 27 Mac – Jerman pada Isnin menyaksikan mogok terbesar sejak tiga dekad ekoran puluhan ribu pekerja sektor pengangkutan di Jerman mengadakan mogok.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan di lapangan terbang utama di seluruh negara, termasuk hab tersibuk di Frankfurt dan Munich.

Sekitar 1,170 penerbangan di lapangan terbang Frankfurt terjejas, manakala lebih 780 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Munich, menjejaskan lebih 200,000 penumpang.

Mogok membabitkan kakitangan pengangkutan, keselamatan dan darat juga menyebabkan gangguan besar dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang Cologne-Bonn, Dusseldorf, Hamburg, Hannover dan Stuttgart.

Sementara itu, pengendali kereta api Nasional Deutsche Bahn membatalkan semua perjalanan jarak jauh dan perkhidmatan serantau yang dijadualkan pada Isnin.

Pemandu bas, trem dan metro di tujuh negeri termasuk Bavaria dan Rhine-Westphalia Utara – turut menyertai mogok itu.

Kesatuan sekerja ver.di dan EVG bersama-sama menggesa agar mogok diteruskan 24 jam untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan dan syarikat pengangkutan awam ekoran pertikaian berterusan mengenai gaji dan persekitaran kerja.

EVG, yang mewakili lebih daripada 200,000 pekerja, menuntut kenaikan gaji 12 peratus dan tidak kurang daripada €650 (US$$700) sebulan.

Kesatuan sekerja ver.di mewakili sekitar 2.5 juta pekerja awam, menuntut kenaikan gaji 10.5 peratus dan tidak kurang daripada €500 (US$540) di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi dan krisis kos sara hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here