ISTANBUL, 7 April – Menteri Luar Arab Saudi dan Iran bertemu di China pada Khamis, pertemuan pertama kedua-dua pmimpin itu dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Putera Faisal bin Farhan Al Saud bertemu rakan sejawatannya dari Iran Hossein Amir-Abdollahian di Beijing pada Khamis.

Kedua-dua negara menekankan pentingnya untuk membuat susulan terhadap pelaksanaan Perjanjian Beijing dan pengaktifannya dapat memperluas kepercayaan bersama dan bidang kerjasama selain membantu mewujudkan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

“Kedua-dua menteri luar itu juga bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang yang boleh memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini dan merealisasikan kepentingan negara.”

Beijing menjadi tuan rumah untuk pegawai dari Riyadh dan Tehran bulan lepas dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menyambung semula hubungan diplomatik.

Beijing hosted officials from Riyadh and Tehran last month, where they agreed to resume diplomatic relations.

Difahamkan, kenyataan bersama tiga hala oleh China, Iran, dan Arab Saudi yang dikeluarkan pada pertemuan di Beijing bulan lalu, menyatakan bahawa kedua-dua menteri luar itu akan menyelesaikan perihal berkaitan membuka semula misi diplomatik menjelang 10 Mei.

Iran dan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik pada 2016 selepas Kedutaan Arab Saudi di Tehran diserang oleh kumpulan yang berang berikutan hukuman mati terhadap seorang ulama Syiah Arab Saudi.

Bermula pada April 2021, kedua-dua pihak mengambil bahagian dalam rundingan yang difasilitasi oleh Iraq dan Oman, namun campur tangan China menyumbang kepada kejayaan rundingan pada bulan lepas.

Kenyataan bersama itu menyebut kedua-dua pihak bersetuju untuk membuka semula kedutaan dalam tempoh yang dipersetujui dan mengambil langkah yang perlu untuk membuka konsulat di Jeddah dan Mashhad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here